Wednesday 15 February 2012

Research.. Oh.. Research..
Kelalang Kon Wednesday 15 February 2012 0 comments

 Bercerita berkenaan research, semua pensyarah pastinya akan teruja dan tidak kurang juga ada yang garu kepala memikirkan idea-idea research yg baru. Terutama bagi pensyarah baru, research merupakan perkara yang amat dititik beratkan memandangkan ia amat membantu meningkatkan prestasi kerja dan penting untuk urusan pengesahan jawatan.

 Oleh yang demikian, pada Jumaat 3hb Februari yang laluJabatan Sains Gunaan telah menganjurkan satu program berbentuk taklimat yang bertajuk Scanning Probe Macroscopic on Nanotechnology. Taklimat dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah tentang kegunaan beberapa instrumen dalam menjalankan kajian berkenaan nanoteknologi. Penceramah yang telah memberikan penerangan ini adalah En. Wan Ahmad Suhaily dari syarikat Quasi-S Sdn. Bhd


Peserta terdiri daripada pensyarah UiTMPP
En. Wan sedang memberikan penerangan
En. Sharaf dan En. Wan
Tumpuan diberikan oleh peserta

Bagi pensyarah yang ingin membuat sebarang pertanyaan berkenaan instrumen dan perkhidmatan dari Syarikat Quasi-S Sdn Bhd bolehlah melayari website syarikat tersebut www.quasi-s.com.org atau di talian (603) 8920 2570.


Sama-samalah kita berusaha menghasilkan sebuah penyelelidikan yang berimpak tinggi dan memberi kebaikan kepada masyarakat.


~sekian~
In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

0 comments

Post a Comment