Wednesday 25 July 2012

Salam Ramadhan..
Kelalang Kon Wednesday 25 July 2012 0 comments



Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat beribadah buat semua kakitangan JSG dan juga blogger yang sudi singgah-singgah di ruangan Kelalang Kon.. Beberapa fakta menarik tentang sahur untuk dikongsi bersama pembaca sekalian... Selamat bersahur ya!

Tuntutan Bersahur


Para ulama telah ijmak tentang keutamaan dan berkenaan sunnahnya bersahur. (Fathul Bari 4/139. Ibnu Hajar) Rasulullah bersabda:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)


Keutamaan Bersahur


تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةٍ مِنَ الْمَاءِ

Bersahurlah walaupun hanya dengan meminum seteguk air”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la 3340. Ibnu Hibban No 884. Hadis Hasan)


اَلسَّحُوْرُ أَكْلُهُ بَرَكَةٍ ، فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ اَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَاِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ

Bersahur makanannya diberkahi, janganlah meninggalkan sahur walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang bersahur”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah 2/8. Ahmad 3/12,44)


اَلْبَرَكَةُ فِى ثَلاَثَةٍ ، اَلْجَمَاعَةُ ، والثَّرِيْدُ ، وَالسَّحُوْرُ

Keberkatan itu pada tiga perkara: Jamaah, Sayuran dan makan sahur”. (Hadis Rriwayat Thabrani (dalam al-Kabir) 6127. Al-Khatib (dalam Mawadah) 1/263)

اِنَّهَا بَرَكَةٌ أَعْطَاكُمُ اللهُ اِيَّهَا فَلاَ تَدَعهُ

Sesungguhnya bersahur itu adalah berkah yang Allah berikan kepada kamu maka janganlah kamu tinggalkannya”. (Hadis Riwayat Nasaii 4/145. Ahmad 5/270. Sanadnya sahih)


إِنَّ اللهَ جَعَلَ الْبَرَكَةَ فِى السَّحُوْرِ وَالْكَيْلِ.

Sesungguhnya Allah telah memberi keberkatan pada makan sahur dan takaran (timbangan)”. (Diriwayatkan oleh Asy-Syirazi. Lihat: Jami’ as-Sagir 1715)


هَلُّمَ اِلَى الْغَدَاءِ الْمُبَارَكِ : يَعْنِيْ السَّحُوْرُ

Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)











Perbuatan Bersahur Membezakan Dengan Puasanya Ahli Kitab



فَضْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Perbezaan puasa kami dan puasa Ahli Kitab ialah bersahur”. (Hadis Riwayat Muslim, 1096)




Bersahur Dengan Kurma


Jenis makanan sahur yang afdal ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:


مَنْ أَرَادَ أَنْ يَصُوْمَ فَلْيَتَسَحَّرْ بِشَيْءٍ

Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)

نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُSebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)






Melewatkan Makan Sahur


Adalah sunnah mensegerakan berbuka dan melewatkan makan sahur, kerana ‘Amr bin Maimun al-Audi dia berkata:


كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّى أَسْرَعَ النَّاسِ إِفْطَارًا وَأبْطَاءَ هُمْ سَحُوْرًا
Para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah orang-orang yang paling cepat berbukanya dan yang paling lambat makan sahurnya”. (Hadis Riwayat Abdulrrazzak, dalam al-Musannaf, 7591. Hadis ini disahihkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 4/199. Dan Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid 3/154

~rmJ~