Friday 18 May 2012

Coret coret di Kuala Boh
Kelalang Kon Friday 18 May 2012 1 comments


Dinihari Sabtu kami tiba di Kg. Kuala Boh yang terletak di Cameron Highlands, Pahang. Untuk catatan peribadi ini merupakan kali pertama saya menjejak kaki di perkampungan orang asli. Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung amat meriah. Keletah anak-anak kecil yang begitu teruja melihat rombongan kami begitu menggamit nurani saya.

Setibanya kami disana, kami peserta khidmat masyarakat telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Pembahagian kumpulan ini bertujuan untuk menentukan tempat tidur kami nanti. Elok dibuat awal-awal begini. Mana tahu malam nanti ada yang berebut-rebut untuk masuk tidur awal mana tidaknya kesejukan malam di Cameron Highlands bagai tidur dalam bilik suhu penghawa dingin 16 darjah celcius!! Yalah, kami ini orang-orang iklim khatulistiwa, mana mampu tahan suhu sejuk sebegitu …=).. Ada yang dapat tidur di surau lama, surau baru dan juga khemah. Cuba teka.. yang mana tempat tempat tidur taraf kelas tiga keretapi tanah melayu senandung malam?? Hehehe… Tidur di khemah paling mencabar!! Beralaskan batu-batu kecil dan kayu-kayu pokok.. untung siapa yang ada bawa sleeping matt dan toto.. Eh, ada ke yang bawa toto??? Memandangkan khemah kami di bina di tapak permainan anak-anak orang asli maka secara tidak rasminya khemah kami dianggap sebagai permainan baru untuk mereka!! Seronok sungguh mereka lari keluar masuk khemah tanpa mengira ada penghuni atau tidak di dalamnya. Kalau ada orang, bermulalah sesi ramah mesra sekali lagi dengan mereka semua. Begitulah adat kanak-kanak.. telatah mereka begitu mencuit hati…

Hari pertama tidak padat dengan aktiviti. Masa yang terluang lebih banyak diisi bermain-main dengan kanak-kanak di situ. Ada yang menunjukkan bakat semulajadi memanjat pokok, ada yang meluncur turun bukit dengan upih pinang beramai-ramai dan ada juga yang menunjukkan bakat menyanyi. Makanan yang disediakan oleh Pak Bakar (tukang masak dari uitm) aduhai… memang terbaik! Kami bersama-sama penduduk orang asli menjamu selera sampai licin pinggan!  
Majlis perasmian diadakan pada sebelah petang. Selepas itu ada demo memasak khas dari tukang masak UiTM untuk penduduk kampung orang asli. Resepi yang dikongsi (acar mangga dan lempeng sayur) bukan sahaja menarik minat penduduk kampung malah kami sendiri yang teruja disamping dapat mempelajari resepi dan teknik menyediakan makanan. Demo masakan hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di sekitar rumah penduduk sahaja memudahkan penduduk kampung untuk mencubanya nanti.

Malam hari diisi dengan aktiviti di surau lama untuk wanita dan surau baru untuk lelaki. Selepas itu kami makan malam. Selepas makan malam kami bersama-sama menyaksikan wayang pacak animasi dari Indonesia untuk hiburan anak-anak disana. Macam kembali ke zaman mak-mak kita dulu rasanya berkumpul ramai-ramai di tanah lapang sambil berhibur menonton wayang pacak. Menjelang hampir tengah malam kami mula berehat di tempat tidur masing-masing. Bagi yang berpeluang tidur di dalam khemah, kami ditemani melodi unggas malam berselang seli sorak sorai kanak-kanak yang bermain sehingga jam hampir pukul dua pagi.

Aktiviti esoknya bermula pukul 5.30 pagi. Namun ada juga kawan-kawan yang sudah mula mandi pada pukul 4.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan bilik air nanti. Kesejukan pagi serasa bagai menggigit-gigit tulang! Mahu rasanya menarik selimut berbungkus semula kalau di rumah sendiri. Aktiviti pagi seperti rutin harian biasa. Solat subuh berjemaah, kuliah subuh dan sarapan pagi. Selepas itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengajar fardhu ain dan Iqra’ untuk penduduk kampung. Selesai kelas fardhu ain kami mengadakan ziarah ramah mesra dari rumah ke rumah sambil menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung. Pada sebelah petang pula diadakan aktiviti sukaneka bersama penduduk kampung. Pada sebelah malam, kami berhimpun semula sambil menyaksikan tayangan gambar sepanjang hari pertama dan kedua di sana.
Hari ketiga merupakan hari terakhir kami di Kuala Boh. Pagi itu kami hanya mengadakan persiapan untuk majlis penutup. Selepas bersalam-salaman dengan penduduk kampung kami bertolak pulang kira-kira waktu tengah hari. Aktiviti hari ketiga tidak berakhir begitu sahaja. Perjalanan pulang kami singgah sebentar di Kea Farm. Di situ bermula aktiviti shopping sakan. Pelbagai hasil tanaman dijual. Sempat kami membeli jagung, buah oren, bunga, ubi keledek, cenderahati dan tidak lupa juga buah rasmi Cameron iaitu Strawberi. Alhamdulillah kami selamat sampai di UiTM Pulau Pinang lewat petangnya. Walaupun ramai yang keletihan, raut wajah masing-masing tampak gembira. Masing-masing menyimpan memori dan cerita tersendiri… Syabas diucapkan kepada peserta Program Khidmat Masyarakat MEGA 2012 siri ketiga kerana berjaya mengharungi misi selama tiga hari!!!
Kalau ada sumur di ladang izinkan kami menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang berdoa moga kita berjumpa lagi.. Salam Takzim.



(Olahan kisah dari cerita asal peserta program Aishah dan Norha)
~rmJ~
In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

1 comment :

  1. Nk bertanya spanjang berada disana.. Makanan die sediakan atau kami kena masak sendiri disana?

    ReplyDelete