Tuesday 26 June 2012

Bengkel PESAT
Kelalang Kon Tuesday 26 June 2012 0 comments

Bengkel Peningkatan Sains dan Teknologi (PESAT) telah berlangsung pada 18 dan 21 Mei 2012 bertempat di makmal fizik dan makmal kimia JSG.
Bengkel ini bertujuan untuk menyiapkan kit-kit eksperimen yang akan digunakan pada karnival PESAT yang akan diadakan sebagai satu program khidmat masyarakat JSG.
Semua staf JSG telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyiapkan kit kumpulan masing-masing.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan semasa bengkel PESAT tersebut:




















Dilaporkan oleh:
Azrul Nizam Alias
Pengarah PESAT 2012



Thursday 21 June 2012

Bila Jodoh Di TanganNya...Tahniah Bro!
Kelalang Kon Thursday 21 June 2012 0 comments

Alhamdulillah...akhirnya...
En Zaki telah pun menukarkan status bujangnya dengan mendirikan rumahtangga bersama permaisuri hatinya, Wan Najwa pada 1 Jun 2012. Majlis kenduri pihak pengantin perempuan telah berlangsung pada 2 Jun 2012 di Pasir Mas dan pihak pengantin lelaki pada 3 Jun 2012 di Kg Palekbang, Tumpat, Kelantan.

En Zaki adalah seorang pensyarah Fizik di UiTM Pulau Pinang manakala Wan Najwa adalah seorang pegawai farmasi di hospital. Pasangan ini telah selamat diijab kabul dengan sekali lafaz disaksikan oleh ahli keluarga masing-masing dalam suasana yang ceria dan penuh kesyukuran.

Benarlah..jodoh ditanganNya..
Moga En Zaki dan Wan Najwa akan bahagia selamanya...
TAHNIAH!

-azjue


Wajah ceria pengantin...



Pandang-pandang, jeling-jeling..:)

Sesi memotong kek...

Pasangan bahagia...

Romantiknya...hehe...

Malu-malu pengantin...hehe...

Moga bahagia bersama, dunia dan akhirat...