Tuesday 13 March 2012

Jom pilih alat permainan bersesuaian dengan usia anak anda!
Kelalang Kon Tuesday 13 March 2012 1 comments



0 - 6 bulan: Bayi akan belajar mencapai dan menggenggam apa yang mereka lihat (koordinasi mata-tangan).

Barang mainan yang sesuai: kerincing ringan, alat permainan daripada getah, kotak-kotak dan barang permainan untuk tab mandi yang boleh terapung.


6 - 8 bulan: Bayi sudah boleh memegang barang mainan kecil; mereka suka memindahkan barang mainan dari tangan ke tangan.

Barang mainan yang sesuai: Bola ringan diperbuat daripada kain, blok bergambar dan barang permainan mobil (boleh ditolak ke sana ke mari)


8 - 18 bulan: Bayi mula bereksperimen dengan saiz, bentuk dan ruang.

Barang mainan yang sesuai: Jenis tolak/tarik (troli kecil), barang mainan mudah cerai, buku bergambar, blok-blok dan gegelung pada tiang.


18 - 24 bulan: Kanak-kanak bertatih suka berimiginasi.

Barang mainan yang sesuai: Anak patung, set permainan dapur/tea set, kereta mainan (set keretapi atau lori)





2 - 4 tahun: Kanak-kanak bertatih akan mengembangkan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Barang mainan sesuai: Bahan seni untuk kreativiti, teka-teki mudah, set bola keranjang mini atur dan basikal.

Sumber olahan: Majalah Positive Parenting

~rmJ~
In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

1 comment :

  1. Terdapat pelbagai mainan pendidikan untuk bayi berusia 0-6 bulan yang akan membantu meningkatkan pembangunan deria bayi. Mainan ni termasuk boneka jari ke gimnasium yang sesuai untuk setiap ibu bapa dan kanak-kanak.

    ReplyDelete