Friday 24 January 2014

HARI KELUARGA JABATAN SAINS GUNAAN 2013
Kelalang Kon Friday 24 January 2014 0 comments



18 Januari 2014 (Sabtu)

Program ini dimulakan dengan peserta program berkumpul di Bukit Merah Laketown Resort pada pukul 8.30 pagi, dimana setiap warga JSG diberikan sarapan pagi sebelum aktiviti dimulakan. 

Pada pukul 10.00 pagi kesemua peserta masuk ke waterpark bukit merah laketown resort untuk memulakan aktiviti hari keluarga Jabatan Sains Gunaan. 


Aktiviti dimulakan dengan sukaneka kanak-kanak dimana tiga permainan telah dijalankan iaitu mengutip bola pingpong dalam air, memasukkan air kedalam botol dan aktiviti memecahkan belon. 


Aktiviti ini disertai seramai 24 orang anak-anak staf Jabatan Sains Gunaan. Seterusnya, aktiviti disambung dengan sukaneka dewasa dimana kumpulan yang dibentuk terdiri daripada warga Jabatan Sains Gunaan dengan ahli keluarga staf yang lain. 




Terdapat 3 aktiviti yang dijalankan iaitu mengutip bola pingpong dalam air, mengisi air dalam baldi dan diakhiri aktiviti tarik tali. 









Aktiviti seterusnya disambung dengan aktiviti mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dan di akhiri dengan aktiviti mengutip gula-gula oleh kanak-kanak dibawah 5 tahun. Program ini berakhir pada pukul 2.00 petang dengan aktiviti bebas.








Secara kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektif dan semua warga JSG dapat beriadah bersama ahli keluarga disamping mengeratkan lagi tali kekeluargaan di kalangan staf jabatan selaras dengan tema hari keluarga ini iaitu program Ukhuwwah Dibina Kecemerlangan Dijana. Diharap program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan dengan aktiviti yang lebih menarik lagi.



NOR FARANAZ SHAMIN BINTI NOR AZMI
KETUA PROGRAM HARI KELUARGA JSG 2013

Jabatan Sains Gunaan, UiTMPP

In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

0 comments

Post a Comment