Thursday 22 March 2012

Seminar & Bengkel Yang Bakal Dianjurkan JSG
Kelalang Kon Thursday 22 March 2012 0 comments


Tuesday 13 March 2012

Jom pilih alat permainan bersesuaian dengan usia anak anda!
Kelalang Kon Tuesday 13 March 2012 1 comments



0 - 6 bulan: Bayi akan belajar mencapai dan menggenggam apa yang mereka lihat (koordinasi mata-tangan).

Barang mainan yang sesuai: kerincing ringan, alat permainan daripada getah, kotak-kotak dan barang permainan untuk tab mandi yang boleh terapung.


6 - 8 bulan: Bayi sudah boleh memegang barang mainan kecil; mereka suka memindahkan barang mainan dari tangan ke tangan.

Barang mainan yang sesuai: Bola ringan diperbuat daripada kain, blok bergambar dan barang permainan mobil (boleh ditolak ke sana ke mari)


8 - 18 bulan: Bayi mula bereksperimen dengan saiz, bentuk dan ruang.

Barang mainan yang sesuai: Jenis tolak/tarik (troli kecil), barang mainan mudah cerai, buku bergambar, blok-blok dan gegelung pada tiang.


18 - 24 bulan: Kanak-kanak bertatih suka berimiginasi.

Barang mainan yang sesuai: Anak patung, set permainan dapur/tea set, kereta mainan (set keretapi atau lori)





2 - 4 tahun: Kanak-kanak bertatih akan mengembangkan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Barang mainan sesuai: Bahan seni untuk kreativiti, teka-teki mudah, set bola keranjang mini atur dan basikal.

Sumber olahan: Majalah Positive Parenting

~rmJ~

Friday 2 March 2012

Jokes :-)
Kelalang Kon Friday 2 March 2012 2 comments









from: Mr. FiRDaUs

Thursday 1 March 2012

Dari dapur...Master Chef JSG
Kelalang Kon Thursday 1 March 2012 1 comments


Hai semua...jom kita belajar membuat kek batik. Sangat mudah dan sangat ringkas. Resipi ini didatangkan khas daripada Chef Nor Fadhlin yang memang pakar dalam membuat kek batik...jom kita tengok resipi dan cara membuatnya...layanzzzz.......:)


 




RESIPI KEK BATIK  

Bahan-bahannya

Bahan-bahan
    • 1 butter cup (250 g)
    • 5 biji telur ayam
    • 1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau nak kurangkan manis)
    • 10 sudu besar milo
    • 6 sudu besar serbuk koko
    • 1 sudu besar susu pekat
    • 2 cawan nestum    
    • satu paket biskut marie;dipecah-pecah kan dan dimasukkan dalam loyang

    Cara-cara memasak    
    • Mula-mula pastikan butter cup tu dalam suhu bilik supaya mudah nak kacau.
    • Gaulkan semua bahan-bahan  di atas sehingga sebati.(kecuali biskut marie yang telah dimasukkan awal-awal dlm loyang)
    • Kemudian, masak bahan-bahan yang telah digaul tersebut di atas api sehingga nampak berkilat sedikit. (lebih kurang 5 minit).
    • Tutup  api tersebut dan masukkan adunan tersebut di dalam loyang yang telah diisi dengan biskut marie.
    • Ratakan bahan-bahan tesebut di dalam loyang.
    • Last sekali, masukkan loyang tersebut di dalam peti sejuk.
    • Biarkan semalaman,then dah boleh bawa datang ofis JSG...:)
      Miss Nor Fadhlin bersama kek batik nya :)
                                                                             -SELAMAT MENCUBA....senang je kan......-


    ~city kelabu~