Tuesday 31 January 2012

Ribut Matahari
Kelalang Kon Tuesday 31 January 2012 0 comments


Bagaimana ribut matahari boleh berlaku?

Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.  Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari,
Seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.


Kesan ribut matahari

Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku. Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet.

Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan. Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak.

Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights.

Fenomena aurora ini boleh dilihat di negara-negara yang lebih jauh ke Selatan Eropah seperti Ireland dan Britain  sebelum partikel-partikel dari ribut matahari sampai ke atmosfera bumi. Walaubagaimanapun menurut Doug Biesecker dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), cahaya tersebut mungkin datangnya dari angin matahari yang membawa gelombang bertenaga elektrik dan bukan partikel-partikel yang tercetus dari gelombang matahari.

Aurora Borealis yang terhasil kali ini berpunca dari aktiviti matahari yang dikenali sebagai ribut matahari (solar flares) pada titik matahari (sunspot) 1402, pada hari Isnin 24/2/2012). Ledakan ini adalah yang paling kuat pernah direkodkan sejak tahun 2005 dan termasuk dalam kategori M-9. Kategori ini hampir mencecah tahap paling tinggi yang dikenali sebagai X-Extreme. Akibat dari letusan matahari ini, partikel-partikel bertenaga tinggi terbebas dan menghamburkan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang bergerak dengan halaju tinggi kira-kira 2.200 kilometer persaat.


Sumber: Majalah Sains.Com, Jabatan Sains & Teknologi untuk Masyarakat

 |\| |_| |\|



In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

0 comments

Post a Comment