Monday 30 January 2012

Alhazen-ibnHaitham
Kelalang Kon Monday 30 January 2012 0 comments



Untuk motivasi diri…..

Jika beliau masih hidup sekarang mungkin inilah yang akan diluahkannya kepada kita….yang mempelajari sains:

“Ilmu-ilmu sains yang kamu pelajari hari ini, kebanyakan daripada kitab rujukannya dalam bahasa Inggeris, penulisnya berbangsa Inggeris, seolah-olah asas ilmunya mereka yang terokai.  Sayang sungguh…..kamu tidak mengetahui dan cuba menyelami jerit perihku serta ilmuan Islam yang lain menggali ilmu Allah, memerhati serta menganalisis kejadian alam.  Semua kejadian Allah tidak sis-sia, kamu cuma perlu lihat, berfikir dan mengkaji.  Ini akan membawamu lebih mengagungkan kebesaran Allah SWT.

Aku bukan seorang hartawan.  Bekerja sebagai penjilid buku di Universiti Al Azhar untuk sara hidup tidak menghalangku daripada terus mencintai ilmu.  Lebih 200 buah buku yang aku hasilkan, tapi sayang yang terselamat sehingga kini cuma 50 buah, itu pun telah jatuh ke tangan orang-orang Eropah.   Mereka telah menyeludup hasil karyaku ketika zaman penjajahan Perancis dan semasa peperangan salib.

Aku telah membuat kajian yang mendalam mengenai cahaya dan optik lama dulu sebelum Roger Bacon dan Kepler menggali ilmu tersebut daripada buku karanganku ‘Kitab – al – Manadhir’ yang diterjemah ke dalam bahasa Latin.  Kanta dan mata serta asas mikroskop dan kamera adalah di antara sumbanganku di dalam bidang fizik dan optik.
Bidang-bidang lain seperti matematik dan astronomi turut ku dalami demi kerana cintaku terhadap ilmu dan kekagumanku kepada ciptaan Allah. Dalam sebuah karyaku ‘Mizan al – Hikmah’ telah ku bincangkan mengenai ketumpatan atmosfera dan memperkembangkan hubungannya dengan altitud ketinggian.  Aku juga telah mengkaji mengenai pecahan lapisan atmosfera, namun ramai di kalangan kamu yang tidak menyedarinya.  Dalam bidang matematik aku juga telah membangunkan bidang geometri analitikal dengan memperkenalkan hubungan di antara algebra dan geometri.

Kegagalanku melaksanakan ideaku sendiri untuk membina sebuah empangan bagi mengawal banjir sungai Nil di Mesir telah menyebabkan aku dipenjarakan.  Bukan aku sengaja ingin memalukan dan mempermainkan pemerintah Mesir ketika itu, tetapi teknologi untuk melaksanakan projek mega itu belum ada lagi ketika aku hidup!!!

Namun begitu tembok penjara tidak dapat menghalangku daripada menerokai kejadian alam ini.  Aku terus merenung keajaiban kejadian alam semesta ciptaan Illahi dari celahan birai besi. Biarpun jasadku terkurung, namun aku masih boleh berinteraksi dengan alam di sekelilingku.  Biarpun orang lain menuduhku kurang waras ketika itu, hakikatnya semasa di dalam penjaralah aku menemui fenomena kejadian pelangi sepertimana yang kamu ketahui pada hari ini.

Kamu mungkin tidak mengenaliku dan rakan-rakan seangkatan dan sehaluan denganku.  Kamu lebih mengenali nama-nama seperti Eistein, Dalton, Thomas Edisan dan lain-lain.  Namun walau siapapun mereka, dunia barat sendiri telah mengiktirafkan aku  sebagai ‘Bapa Optik Moden’.

Bukan niatku ingin membangga diri, apatah lagi riak dan sombong, tetapi ini hanyalah sekadar renungan bersama bagi membuktikan bahawa kita sebenarnya boleh menjadi lebih hebat daripada mereka.  Allah mengurniakan akal dan pancaindera kepada setiap insan untuk menghayati alam dan setiap kejadian ciptaanNya. Kita juga dianugerahkan satu kelebihan yang tidak dimiliki oleh mereka yang tidak beriman kepada Allah, iaitu kitab al Quran sebagai pedoman dan pemberi petunjuk tentang Kebesaran Allah SWT.  Kita boleh mengutip, menggali dan mengait dan mencapai segala-galanya yang terbentang mahupun yang tersembunyi jika kita ada kemahuan, berusaha dan seterusnya bertawakal kepada Allah SWT.


Semoga kegemilangan ilmu sains yang berlandaskan tauhid akan kembali dijulang.

Beliau yang dimaksudkan ialah:

Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (354 – 430 H/ 965 – 1038)
Dilahirkan di Basrah Iraq, meninggal dunia di Mesir.
Mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad
Dikenali sebagai Alhazen di barat.

Nukilan:
Wan Zarina  Wan Kamaruddin
Jabatan Sains Gunaan
UiTM Pulau Pinang

In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

0 comments

Post a Comment