Thursday 19 April 2012

Petua Dari Ceruk Dapur
Kelalang Kon Thursday 19 April 2012 0 comments


Jom lihat petua dari dapur yang boleh kita amalkan. 


Menghilangkan kesan dakwat
Titiskan air limau yang bercampur garam pada tanda dakwat dan gosok-gosokkan dengan tangan. Biarkan seketika kemudian basuh seperti biasa.


Menghilangkan bau peti ais
Letakkan beberapa keping kulit nanas yang telah dikupas di setiap tingkat peti ais. Biarkan hingga bau tadi hilang. Anda juga boleh mencuba titikkan sedikit esen vanila atau soda kuih pada perca kain dan simpan dalam peti sejuk.

Melembutkan Rambut
Bancuh satu sudu teh dengan air suam. Basuh rambut dan bilas dengan menggunakan air teh suam tersebut. Gosok dan biarkan selama sepuluh minit. Selepas itu bilas dan biarkan kering. Ulangi selalu.

Mencantikkan kulit
Ambil beberapa potong kulit tembikai merah atau kuning dan potong atau racik bahagian isi yang berwarna putih nipis-nipis. Tekapkan pada seluruh kulit muka. Jika selalu diamalkan kulit akan menjadi putih dan cantik.

Sayur yang dicelur tetap segar
Campurkan sedikit minyak masak dalam periuk berisi air rebusan. Setelah sayur-sayuran dicelur, toskan airnya. Hasilnya, sayur-sayuran akan nampak segar dan  berkilat.





Selamat Mencuba !!

In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

0 comments

Post a Comment