Wednesday 18 April 2012

Insomnia
Kelalang Kon Wednesday 18 April 2012 0 comments

Adakah anda sedang mengalami masalah ini?

Insomnia bukan sejenis penyakit. Ia merupakan masalah sukar tidur pada waktu malam. Jika anda fikir ubat tidur mampu mengatasi masalah ini, anda silap. Ubat tidur bukan merupakan jalan penyelesaian yang bijak bagi mengatasinya. Malah anda akan mengalami masalah lain pula. Meskipun ia agak remeh namun insomnia boleh memberi kesan yang buruk terhadap individu yang menderita masalah ini. Mari kita kenalpasti tanda-tanda individu yang mengalami insomnia.

- Sangat susah untuk tidur sehinggakan terpaksa berbaring di katil beberapa jam sebelum tertidur.

- Terjaga dari tidur seawal pagi dan mengalami masalah untuk sambung tidur semula.

- Sering terjaga beberapa kali pada waktu malam sehingga berasa letih pada keesokan hari.

Masalah insomnia ini dipercayai berpunca daripada:

a) Persekitaran bilik yang kurang sempurna; bising,terlalu panas atau terlalu sejuk, tilam atau bantal yang terlalu keras atau terlalu lembut.

b) Perubahan corak hidup yang mendadak; bermalam di tempat baru, melancong atau bekerja di luar negara.

c) Tekanan di tempat kerja/rumah.

d) Sakit yang dialami seperti selsema (sukar untuk bernafas dengan sempurna), sakit gigi, alahan mengandung yang teruk, masalah buang air kecil.

e) Takut pada sesuatu.

f) Sering berjaga lewat sehingga melangkau waktu tidur sama ada untuk belajar ataupun menonton tv.

Apakah yang perlu dilakukan jika anda menderita masalah ini?

-Pastikan persekitaran bilik anda selesa untuk tidur; jauhkan segala bunyi bising, bau yang busuk, katil yang berselerak.

- Betulkan rutin harian anda untuk tidur. Anda perlu masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam (contohnya pukul 11.00 malam dijadikan waktu wajib untuk anda tidur).

- Elakkan tidur pada siang hari.

- Elakkan minum kopi, teh atau sebarang minuman berkafein.

- Elakkan makan menu yang berat (contohnya nasi, burger) sebelum masuk tidur. Minum susu suam jika anda lapar.

- Jangan merokok sejam sebelum anda ingin tidur (lebih baik cuba berhenti merokok untuk kesihatan).

- Lakukan senaman 3 hingga 5 kali seminggu.

- Elakkan dari memikirkan apa-apa masalah sebelum tidur.

- Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut sekiranya masalah anda berlarutan.









Selamat malam ya!
~rmJ~
In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

0 comments

Post a Comment