Friday 3 February 2012

Kimia Komputeran (Computational Chemistry)
Kimia secara umumnya boleh dibahagikan kepada beberapa bidang kajian seperti kimia organik, kimia fizikal, kimia analisis, kimia persekitaran dan sebagainya. Kimia komputeran merupakan salah satu bidang kajian yang sedang pesat berkembang dewasa ini. Ada juga yang mengkelaskannya sebagai satu cabang di dalam kimia fizikal.


Kimia komputeran telah banyak berjasa kepada para saintis kimia dalam menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam makmal. Sebagai contoh, kajian bahan kimia yang dikuatiri boleh menghasilkan satu letupan jika dilakukan dalam makmal, mengkaji interaksi atom dalam tindakbalas kimia dan  meramal rupabentuk molekul kimia yang terbentuk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar selain kajian ke atas molekul kompleks dan makro. Keputusan yang dihasilkan melalui pengiraan dalam komputer ini akan dibandingkan dengan analisa yang dilakukan oleh NMR, XRD, FTIR, UV untuk mengesahkan keputusan yang diperolehi.
Cabang kimia ini memerlukan pegangan hukum fizik dan teori matematik yang kuat seperti teori kuantum mekanik, teori newton, mekanik statistik dan seumpamanya untuk menerangkan keputusan yang diperolehi oleh komputer. Pelbagai jenis pengiraan boleh dilakukan dengan software tertentu yang boleh di dapati secara percuma atau berlesen seperti Gaussian, Hyperchem, Amber, MOPAC, GROMOS dan lain-lain.
Sesungguhnya, bidang kimia yang mula bertatih sejak tahun 1929 ini dan terus berkembang selepas wujudnya komputer ini amat menarik untuk diterokai oleh semua ahli kimia kerana ia selamat, tidak mencemarkan persekitaran, tiada kesan toksik, tidak menghasilkan bahan buangan yang membahayakan dan yang paling penting boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.


Menarik bukan.......
Tulisan: Marina Mokhtar
In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

0 comments

Post a Comment