Thursday 26 January 2012

Salam Dari Editor..
Kelalang Kon Thursday 26 January 2012 0 comments

(Hampir tiga jam saya belek-belek interface kelalang kon ini. Mencari-cari idea untuk menulis. Cuba ringkaskan sepadat mungkin lantas saya nukilkan ruangan ini khas buat rakan-rakan..)

                       ~Secangkir madu pemula bicara~

 

        
 Assalammualaikum dan salam hormat dari saya buat semua warga-warga Sains Gunaan. Buat julung kalinya Kelab Buletin JSG menerbitkan e-Buletin sempena mengalu-alukan kehadiran tahun baru 2012 untuk sama-sama kita kongsi berita, info semasa dan cerita-cerita menarik sepanjang tahun di JSG. 
        
         Berkongsi sedikit perjalanan Kelalang-Kon.blogspot yang belum pun genap seminggu usianya, berkonsepkan 'mesra alam' tanpa kertas dan dakwat kami cuba menghubungkan warga-warga JSG hanya di hujung jari. Bermula dengan mesyuarat pertama di kalangan ahli buletin yang terdiri dari 10 orang ahli. Bermacam-macam idea bernas dapat dikongsi antaranya cadangan nama untuk buletin JSG sehinggalah ke ruangan-ruangan sisipan untuk dimuatkan di blog. Daripada lapan pencalonan nama buletin akhirnya kami sepakat memilih Kelalang Kon sebagai first baby Kelab Buletin JSG (kenapa ye kelalang kon?? Boleh minta ahli-ahli kelalang kon untuk menjelaskannya nanti =).

         Setelah siap ruangan kelalang-kon. blogspot, kami telah mengadakan Bengkel penulisan blog di kalangan ahli buletin. Dengan adanya bengkel ini sedikit sebanyak membantu kami yang mungkin baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Kami di Kelalang-Kon.blogspot senantiasa cuba berikan yang terbaik untuk dikongsi bersama rakan-rakan staf sekalian. Harapan kami semoga di ruangan ini dapat kita eratkan silaturrahim sesama kita walau di mana jua kita berada.

Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan..

Salam hormat dari saya, semoga kita bersua di ruangan seterusnya... Selamat Membaca!!!

     ~Riben Merah Jambu~
In Category :
About The Author Ali Bajwa Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore. Magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Facebook and Twitter

0 comments

Post a Comment