Dalam sibuk mengejar kerjaya dan cita-cita, hal-hal keluarga hendak diberi keutamaan juga. Di bawah, disertakan beberapa langkah yang boleh diikuti...
Utamakan diri
Apabila bergelar isteri dan ibu, adakalanya wanita lupa mengenai hak ke atas diri kerana terlalu menumpukan perhatian menguruskan rumah tangga dan kerjaya.
Jika tidak mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupun kecantikan, mungkin aktiviti menguruskan anak, suami dan kerjaya tidak mampu dilakukan dengan sempurna.
Selain itu, pastikan makanan disediakan sihat dan amalkan gaya hidup sihat.
Jika tidak mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupun kecantikan, mungkin aktiviti menguruskan anak, suami dan kerjaya tidak mampu dilakukan dengan sempurna.
Selain itu, pastikan makanan disediakan sihat dan amalkan gaya hidup sihat.
Tetapkan jadual kerja
Buatlah jadual dan buat senarai mengikut keutamaan. Walaupun senarainya panjang dengan disiplin yang ketat, ia pasti boleh dilaksanakan.
Tinggalkan kerja pejabat di pejabat
Kerja pejabat seharusnya diselesaikan di pejabat. Jika kerja yang tidak dapat diselesaikan itu diteruskan di rumah, ia akan mengurangkan masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk menghabiskan kerja pejabat.
Lupakan seketika masalah di rumah
Apabila berada di pejabat lupakan seketika masalah di rumah. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan diri untuk lebih fokus bagi menghabiskan kerja di pejabat.
Cuti
Ketika bercuti bersama keluarga lupakan persoalan dan masalah kerja. Walaupun hanya untuk seketika, tanpa disedari ia boleh merapatkan lagi hubungan sekeluarga.
Berikut beberapa panduan untuk mengeratkan perhubungan dengan anak walaupun agak sibuk dengan kerjaya:
Luangkan masa bersama sebelum anak tidur.
Jika menganggap keluarga sebagai keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum anak tidur.
Walaupun masa diluangkan itu terhad, apa salahnya bertanya khabar selepas seharian tidak bertemu dan layan anak bermain seketika sebelum masuk tidur. Ia akan membuatkan anak memahami ibunya yang sibuk bekerja tetap tidak mengabaikannya.
Pastikan cuti hujung minggu anak tanpa pengasuh
Kebanyakan masa anak dihabiskan bersama pengasuh kerana ibu bekerja oleh itu, pastikan tugas itu dilaksanakan di hujung minggu.
Ia waktu yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan beriadah bersama keluarga.
Selain itu, walaupun cuti hujung minggu dihabiskan dengan hanya berehat di rumah, berikan perhatian kepada anak dan luangkan masa berkualiti bersama mereka.
Komunikasi
Walau sibuk bekerja, jangan lupa untuk menghubungi anak di rumah dan pantau setiap kegiatan mereka.
Jangan abaikan mereka hinggakan tidak mengetahui perkara yang berlaku di rumah mahupun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.
Beri galakan
Apabila menasihati anak, ia perlu dilakukan secara tidak secara langsung melalui aktiviti bersama. Membebel paling tidak disukai anak terutama remaja oleh itu, elakkan tabiat berkenaan.
Sumber:
1. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keluarga_kerjayabergerakseiring/Article/index_html (7/2/2014)
0 comments
Post a Comment