Showing posts with label Aktiviti Jabatan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Jabatan. Show all posts

Friday, 7 February 2014

Salam Jumaat
Kelalang Kon Friday, 7 February 2014 0 comments

UiTM Mengubah Destini Anak Bangsa

Friday, 24 January 2014

HARI KELUARGA JABATAN SAINS GUNAAN 2013
Kelalang Kon Friday, 24 January 2014 0 comments



18 Januari 2014 (Sabtu)

Program ini dimulakan dengan peserta program berkumpul di Bukit Merah Laketown Resort pada pukul 8.30 pagi, dimana setiap warga JSG diberikan sarapan pagi sebelum aktiviti dimulakan. 

Pada pukul 10.00 pagi kesemua peserta masuk ke waterpark bukit merah laketown resort untuk memulakan aktiviti hari keluarga Jabatan Sains Gunaan. 


Aktiviti dimulakan dengan sukaneka kanak-kanak dimana tiga permainan telah dijalankan iaitu mengutip bola pingpong dalam air, memasukkan air kedalam botol dan aktiviti memecahkan belon. 


Aktiviti ini disertai seramai 24 orang anak-anak staf Jabatan Sains Gunaan. Seterusnya, aktiviti disambung dengan sukaneka dewasa dimana kumpulan yang dibentuk terdiri daripada warga Jabatan Sains Gunaan dengan ahli keluarga staf yang lain. 




Terdapat 3 aktiviti yang dijalankan iaitu mengutip bola pingpong dalam air, mengisi air dalam baldi dan diakhiri aktiviti tarik tali. 









Aktiviti seterusnya disambung dengan aktiviti mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dan di akhiri dengan aktiviti mengutip gula-gula oleh kanak-kanak dibawah 5 tahun. Program ini berakhir pada pukul 2.00 petang dengan aktiviti bebas.








Secara kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektif dan semua warga JSG dapat beriadah bersama ahli keluarga disamping mengeratkan lagi tali kekeluargaan di kalangan staf jabatan selaras dengan tema hari keluarga ini iaitu program Ukhuwwah Dibina Kecemerlangan Dijana. Diharap program seperti ini dapat dijadikan acara tahunan dengan aktiviti yang lebih menarik lagi.



NOR FARANAZ SHAMIN BINTI NOR AZMI
KETUA PROGRAM HARI KELUARGA JSG 2013

Jabatan Sains Gunaan, UiTMPP

Saturday, 14 December 2013

AKTIVITI PELAJAR PRA SAINS SEKITAR 2013
Kelalang Kon Saturday, 14 December 2013 0 comments

KARNIVAL 3F (FOOD & FRUIT FESTIVAL) UiTM PULAU PINANG 2013
Tarikh: 27-30 Jun 2013
Tempat: Padang UiTMPP



Pensyarah dan pelajar sedang membuat susun atur gerai


Antara pensyarah JSG yang terlibat



 MAJLIS MESRA SISWA PRA DIPLOMA SAINS PD007
Tarikh: 21 Jun 2013
Tempat: Dewan Seminar UiTMPP

Koordinator JSG En.Sharaf sedang memberikan ucapan

Dr. Aziyah selaku Ketua Pusat Pengajian Sains telah memberikan kata2 semangat
Pelajar siswi dan pensyarah
Pelajar siwa dan pensyarah



































SUKAN ANTARA FAKULTI  UiTMPP
 Tarikh: 19-30 Jun 2013
Tempat: Padang UiTMPP


Banner kontinjen Pra diploma Sains PD007 bagi Sukan Antara Fakulti 2013.  

Pasukan Badminton berkumpulan  Pra diploma Sains PD007 bagi Sukan Antara Fakulti 2013.
Pasukan Bola Tampar Lelaki Pra diploma Sains PD007 bagi Sukan Antara Fakulti 2013. Pasukan ini berjaya hingga ke peringkat suku akhir. 
Keseluruhan kontinjen Jabatan Sains Gunaan bersama Penyelaras Pra Diploma Sains bagi Sukan Antara Fakulti 2013.


















Tuesday, 26 June 2012

Bengkel PESAT
Kelalang Kon Tuesday, 26 June 2012 0 comments

Bengkel Peningkatan Sains dan Teknologi (PESAT) telah berlangsung pada 18 dan 21 Mei 2012 bertempat di makmal fizik dan makmal kimia JSG.
Bengkel ini bertujuan untuk menyiapkan kit-kit eksperimen yang akan digunakan pada karnival PESAT yang akan diadakan sebagai satu program khidmat masyarakat JSG.
Semua staf JSG telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyiapkan kit kumpulan masing-masing.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan semasa bengkel PESAT tersebut:




















Dilaporkan oleh:
Azrul Nizam Alias
Pengarah PESAT 2012



Tuesday, 8 May 2012

Bengkel e-Teaching Portfolio
Kelalang Kon Tuesday, 8 May 2012 0 comments

Tarikh: 8 Mei 2012
Tempat: Makmal Komputer 3, UiTM Cawangan Pulau Pinang
Masa: 8.00 - 5.00 petang
Anjuran: Unit Kualiti JSG

Suasana sekitar bengkel
Peserta tekun menyiapkan tugasan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah dalam menyediakan Teaching Portfolio dalam bentuk elektronik. Seramai 32 orang pensyarah dari Jabatan Sains Gunaan hadir menyertai bengkel ini.












Teaching Portfolio yang disediakan dalam bentuk softcopy lebih bersifat mesra alam.
Tahniah kepada unit kualiti jabatan kerana berjaya menganjurkan program ini. Moga ada lagi program bermanfaat untuk kita semua di masa akan datang!

~rmJ~

Thursday, 22 March 2012

Seminar & Bengkel Yang Bakal Dianjurkan JSG
Kelalang Kon Thursday, 22 March 2012 0 comments


Wednesday, 29 February 2012

A Visit from Special Guests....=)
Kelalang Kon Wednesday, 29 February 2012 0 comments



         Alhamdulillah pada tanggal 24 Februari 2012 yang lalu, Dekan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam diiringi Timbalan Dekan HEA Fakulti dan Koordinator Pascasiswazah Fakulti telah meluangkan masa bertemu muka bersama-sama barisan staf dari Jabatan Sains Gunaan UiTM Pulau Pinang.   

Lawatan yang diadakan pada asalnya bertujuan untuk meninjau keperluan sedia ada yang wujud di sini bagi tujuan penubuhan Diploma in Science (DIS) yang bakal dijalankan pada penghujung tahun 2012 selain membincangkan beberapa perkara berbangkit.   Pada sebelah petangnya pula, sesi ramah mesra diadakan bersama staf dari jabatan.  Setinggi-tinggi ucapan penghargaan buat yang berbahagia Prof. Ri dan tetamu kehormat yang lain.  Sesungguhnya kami di sini senantiasa mengalu-alukan kedatangan kalian ke sini. 

Prof. Ri Hanum (Dekan FSG UiTM Shah Alam)

Dr. Famiza (Koordinator Pascasiswazah FSG)

Dr. Saidatul (Koordinator DIS,FSG UiTM Perlis)
Pensyarah UiTM Perlis

~~Sweet Memories~~

Kalau Ada Sumur Di Ladang,
Izinkan Saya Menumpang Mandi,
Kalo Ada Umur Yang Panjang,
Moga Kita Berjumpa Lagi.

Rose

p/s : Ayuh kita sama-sama berdoa moga-moga program DIS yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya...=)

-teratai BIru-