Dinihari Sabtu kami tiba di Kg. Kuala Boh
yang terletak di Cameron Highlands, Pahang. Untuk catatan peribadi ini
merupakan kali pertama saya menjejak kaki di perkampungan orang asli. Sambutan
yang diberikan oleh penduduk kampung amat meriah. Keletah anak-anak kecil yang
begitu teruja melihat rombongan kami begitu menggamit nurani saya.
Setibanya kami disana, kami peserta khidmat
masyarakat telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Pembahagian kumpulan
ini bertujuan untuk menentukan tempat tidur kami nanti. Elok dibuat awal-awal
begini. Mana tahu malam nanti ada yang berebut-rebut untuk masuk tidur awal
mana tidaknya kesejukan malam di Cameron Highlands bagai tidur dalam bilik suhu
penghawa dingin 16 darjah celcius!! Yalah, kami ini orang-orang iklim
khatulistiwa, mana mampu tahan suhu sejuk sebegitu …=).. Ada yang dapat tidur di
surau lama, surau baru dan juga khemah. Cuba teka.. yang mana tempat tempat
tidur taraf kelas tiga keretapi tanah melayu senandung malam?? Hehehe… Tidur di
khemah paling mencabar!! Beralaskan batu-batu kecil dan kayu-kayu pokok..
untung siapa yang ada bawa sleeping matt dan toto.. Eh, ada ke yang bawa
toto??? Memandangkan khemah kami di bina di tapak permainan anak-anak orang asli
maka secara tidak rasminya khemah kami dianggap sebagai permainan baru untuk
mereka!! Seronok sungguh mereka lari keluar masuk khemah tanpa mengira ada
penghuni atau tidak di dalamnya. Kalau ada orang, bermulalah sesi ramah mesra
sekali lagi dengan mereka semua. Begitulah adat kanak-kanak.. telatah mereka
begitu mencuit hati…
Hari pertama tidak padat dengan aktiviti.
Masa yang terluang lebih banyak diisi bermain-main dengan kanak-kanak di situ.
Ada yang menunjukkan bakat semulajadi memanjat pokok, ada yang meluncur turun
bukit dengan upih pinang beramai-ramai dan ada juga yang menunjukkan bakat menyanyi.
Makanan yang disediakan oleh Pak Bakar (tukang masak dari uitm) aduhai… memang
terbaik! Kami bersama-sama penduduk orang asli menjamu selera sampai licin
pinggan!
Majlis perasmian diadakan pada sebelah petang.
Selepas itu ada demo memasak khas dari tukang masak UiTM untuk penduduk kampung
orang asli. Resepi yang dikongsi (acar mangga dan lempeng sayur) bukan sahaja
menarik minat penduduk kampung malah kami sendiri yang teruja disamping dapat
mempelajari resepi dan teknik menyediakan makanan. Demo masakan hanya menggunakan
bahan yang mudah didapati di sekitar rumah penduduk sahaja memudahkan penduduk
kampung untuk mencubanya nanti.
Malam hari diisi dengan aktiviti di surau
lama untuk wanita dan surau baru untuk lelaki. Selepas itu kami makan malam.
Selepas makan malam kami bersama-sama menyaksikan wayang pacak animasi dari
Indonesia untuk hiburan anak-anak disana. Macam kembali ke zaman mak-mak kita
dulu rasanya berkumpul ramai-ramai di tanah lapang sambil berhibur menonton
wayang pacak. Menjelang hampir tengah malam kami mula berehat di tempat tidur
masing-masing. Bagi yang berpeluang tidur di dalam khemah, kami ditemani melodi
unggas malam berselang seli sorak sorai kanak-kanak yang bermain sehingga jam hampir
pukul dua pagi.
Aktiviti esoknya bermula pukul 5.30 pagi. Namun
ada juga kawan-kawan yang sudah mula mandi pada pukul 4.30 pagi untuk mengelakkan
kesesakan bilik air nanti. Kesejukan pagi serasa bagai menggigit-gigit tulang!
Mahu rasanya menarik selimut berbungkus semula kalau di rumah sendiri. Aktiviti
pagi seperti rutin harian biasa. Solat subuh berjemaah, kuliah subuh dan
sarapan pagi. Selepas itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
mengajar fardhu ain dan Iqra’ untuk penduduk kampung. Selesai kelas fardhu ain
kami mengadakan ziarah ramah mesra dari rumah ke rumah sambil menyampaikan
sumbangan kepada penduduk kampung. Pada sebelah petang pula diadakan aktiviti
sukaneka bersama penduduk kampung. Pada sebelah malam, kami berhimpun semula
sambil menyaksikan tayangan gambar sepanjang hari pertama dan kedua di sana.
Hari ketiga merupakan hari terakhir kami di
Kuala Boh. Pagi itu kami hanya mengadakan persiapan untuk majlis penutup.
Selepas bersalam-salaman dengan penduduk kampung kami bertolak pulang kira-kira
waktu tengah hari. Aktiviti hari ketiga tidak berakhir begitu sahaja.
Perjalanan pulang kami singgah sebentar di Kea Farm. Di situ bermula aktiviti
shopping sakan. Pelbagai hasil tanaman dijual. Sempat kami membeli jagung, buah
oren, bunga, ubi keledek, cenderahati dan tidak lupa juga buah rasmi Cameron
iaitu Strawberi. Alhamdulillah kami selamat sampai di UiTM Pulau Pinang lewat
petangnya. Walaupun ramai yang keletihan, raut wajah masing-masing tampak
gembira. Masing-masing menyimpan memori dan cerita tersendiri… Syabas diucapkan
kepada peserta Program Khidmat Masyarakat MEGA 2012 siri ketiga kerana berjaya mengharungi
misi selama tiga hari!!!
Kalau ada sumur di ladang izinkan kami
menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang berdoa moga kita berjumpa lagi..
Salam Takzim.
(Olahan kisah dari cerita asal peserta
program Aishah dan Norha)
~rmJ~
Nk bertanya spanjang berada disana.. Makanan die sediakan atau kami kena masak sendiri disana?
ReplyDelete