"Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap..
Belum tumbuh gigi pandai baca kitab"
Auni Alisha bt Mohd Azan
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Auni Alisha senyum menawan
Permata hati ayah dan ibu...
Tengok sekali imbas amat mirip muka ibunya. Anak sulung Pn. Siti Aisyah ini dilahirkan pada 16 Oktober 2011 di Kelantan.
Auni: Senyum... tak perlu kata apa-apa, senyum...
Elman Wafiq Bin Zaaba
Lompat dalam perigi
Cepatlah Wafiq cepat
Cepatlah tumbuh gigi.. (hehehe)
Dilahirkan pada 21 Oktober 2011 tepat jam 9.02 malam. Wafiq yang comel dan bulat ini adalah anak kedua Pn. Noor Fadhilah.
Wafiq: Huu...macho lah saya macam ni...
Ilman Shah bin Ahmad Zulhusny
Gelang si rama-rama
Ilman ketawa riang
Bermain dengan mama!
Ilman lahir pada 3 Oktober 2011 hari Isnin pada pukul 10.07 malam. Si cilik ini anak kedua dari dua orang adik beradik. Ibunya tak lain tak bukan.. Pn.Noorsyam!! Ada iras ke? Hehehe...
Ilman: Aik?????
Tuan Muhazzam

Pisang dalam dulang
Bila Muhazzam suka hati
Tangannya goyang-goyang..
(cuba lihat gambar..hik hik hik)
Lahir pada 16 september 2011. Anak kedua Pn. Intan Syafinazzilla lahir di Ipoh, Perak.
Muhazzam: Tangan kanan ke depan, ke belakang.. Depan belakang dan goyangkan... ala, nyanyi ikut videolah..jom!
(Dedikasi khas untuk comel-comel JSG!!!)
~RibenMerahJambu~
0 comments
Post a Comment