18 Januari 2014 (Sabtu)
Program ini dimulakan dengan peserta program berkumpul di Bukit Merah Laketown Resort pada pukul 8.30 pagi, dimana setiap warga JSG diberikan sarapan pagi sebelum aktiviti dimulakan.
Pada pukul 10.00 pagi kesemua peserta masuk ke waterpark bukit merah laketown resort untuk memulakan aktiviti hari keluarga Jabatan Sains Gunaan.
Aktiviti dimulakan dengan sukaneka kanak-kanak dimana tiga permainan telah dijalankan iaitu mengutip bola pingpong dalam air, memasukkan air kedalam botol dan aktiviti memecahkan belon.
Aktiviti ini disertai seramai 24 orang anak-anak staf Jabatan Sains Gunaan. Seterusnya, aktiviti disambung dengan sukaneka dewasa dimana kumpulan yang dibentuk terdiri daripada warga Jabatan Sains Gunaan dengan ahli keluarga staf yang lain.
Terdapat 3 aktiviti yang dijalankan iaitu mengutip bola pingpong dalam air, mengisi air dalam baldi dan diakhiri aktiviti tarik tali.



Secara kesimpulannya, program ini
berjaya mencapai objektif dan semua warga JSG dapat beriadah bersama ahli
keluarga disamping mengeratkan lagi tali kekeluargaan di kalangan staf jabatan
selaras dengan tema hari keluarga ini iaitu program Ukhuwwah Dibina Kecemerlangan Dijana. Diharap program seperti ini
dapat dijadikan acara tahunan dengan aktiviti yang lebih menarik lagi.
NOR FARANAZ SHAMIN BINTI NOR AZMI
KETUA PROGRAM HARI KELUARGA JSG 2013
Jabatan Sains Gunaan, UiTMPP
0 comments
Post a Comment