Showing posts with label Jom Didik. Show all posts
Showing posts with label Jom Didik. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

Jom pilih alat permainan bersesuaian dengan usia anak anda!
Kelalang Kon Tuesday, 13 March 2012 1 comments



0 - 6 bulan: Bayi akan belajar mencapai dan menggenggam apa yang mereka lihat (koordinasi mata-tangan).

Barang mainan yang sesuai: kerincing ringan, alat permainan daripada getah, kotak-kotak dan barang permainan untuk tab mandi yang boleh terapung.


6 - 8 bulan: Bayi sudah boleh memegang barang mainan kecil; mereka suka memindahkan barang mainan dari tangan ke tangan.

Barang mainan yang sesuai: Bola ringan diperbuat daripada kain, blok bergambar dan barang permainan mobil (boleh ditolak ke sana ke mari)


8 - 18 bulan: Bayi mula bereksperimen dengan saiz, bentuk dan ruang.

Barang mainan yang sesuai: Jenis tolak/tarik (troli kecil), barang mainan mudah cerai, buku bergambar, blok-blok dan gegelung pada tiang.


18 - 24 bulan: Kanak-kanak bertatih suka berimiginasi.

Barang mainan yang sesuai: Anak patung, set permainan dapur/tea set, kereta mainan (set keretapi atau lori)





2 - 4 tahun: Kanak-kanak bertatih akan mengembangkan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Barang mainan sesuai: Bahan seni untuk kreativiti, teka-teki mudah, set bola keranjang mini atur dan basikal.

Sumber olahan: Majalah Positive Parenting

~rmJ~

Wednesday, 22 February 2012

What is love?
Kelalang Kon Wednesday, 22 February 2012 1 comments

AzJue

Tuesday, 14 February 2012

Ahmad Afham Ahmad Nazib
Kelalang Kon Tuesday, 14 February 2012 1 comments


Tahniah kepada pasangan pensyarah Pn. Zubainun dan En. Ahmad Nazib atas kelahiran cahaya mata kedua pada 5 Febuari 2012 jam 11.00 malam. Bayi comel ini diberi nama Ahmad Afham.

Afham masih di inkubator pada ketika ini kerana menerima rawatan susulan bayi pra matang. Kita sama-sama doakan semoga Afham semakin sihat dan aktif ya!



  ~Khas untuk Ahmad Afham~
Doa untuk tahnik (Doa untuk bayi yang baru lahir)

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah  Allah yang sempurna daripada syaitan-syaitan serta dijauhkan daripada penyakit-penyakit yang menyerang manusia.


~rmJ~

Friday, 10 February 2012

Isteri saya hilang
Kelalang Kon Friday, 10 February 2012 1 comments

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang. "sudah berapa lama isteri encik keluar rumah?" soal poli
"Saya tidak PASTI pula. tengahari atau pagi tadi KOT".
"Dia pakai baju warna apa?"
"Tak pasti baju warna apa. tak kelabu hitam kot"
"Baiklah. Dia ada bawa kad ATM  Meatau kad kredit bersama?"
"Kad ATM mmg dia selalu bawak bersama. Tapi kad kredit tak PASTI pula"polis tesebut menggeleng-gelengkan kepala.
"isteri encik keluar dengan kereta persendirian?
"ya tuan. dia keluar dengan kereta saya Produa MyVi. kereta saya berwarna silver, dah hampir 4 tahun 12 bulan usianya. bumper depan sebelah kiri ada kesan calar sikit. bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari LovelyLace."
"ok. kalau macam tu kita cari kereta encik dulu, sebelum mencari isteri encik" kata polis sebelum menamatkan perbualan.

MORAL OF THE STORY
Adakah ada ketikanya material lebih mudah diterangkan ciri-cirinya secara terperinci daripada insan yang kita sayangi? Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda. mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci.

Friday, 3 February 2012

Ala Tomey-Tomey...
Kelalang Kon Friday, 3 February 2012 4 comments

Tahniah Pn. Ain!!

Aidil Wafiy (baby pertama 2012 di JSG) selamat dilahirkan pada 1 Feb 2012 jam 8.30 mlm merupakan anak sulung kepada Pn. Norain Isa. Tahniah diucapkan kepada Pn. Ain dan selamat berpantang =) 


  ~Khas untuk Ain dan baby Aidil dari kami semua...~




~rmJ~


Wednesday, 1 February 2012

Kisah Pendayung sampan ~ sekadar renungan bersama~
Kelalang Kon Wednesday, 1 February 2012 2 comments


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.

Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit dan berdasarkan pengalamannya, dia berkata di dalam hati,
“Hmm. Hari nak hujan.” “OK, semua sudah siap. Mari kita balik ke darat” kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.
“Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” tanya Professor itu lagi.
“Ya”. Jawab pendayung. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?”
tanya Professor itu.


“Kamu tahu geografi?”
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
“Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.”
Kata Professor itu lagi,
“Kamu tahu biologi?”
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
“Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
“Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.”
Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
“Kamu tahu berenang?”

Professor itu menggelengkan kepala.
“Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.”

Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
MORAL: Kita semua mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Belajar untuk merendah diri lebih baik dari merendah-rendahkan orang lain..


~rmJ~


Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi,

Monday, 30 January 2012

Kisah Hero dan Heroin 'BARU' JSG
Kelalang Kon Monday, 30 January 2012 0 comments



"Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap..
Belum tumbuh gigi pandai baca kitab"



Auni Alisha bt Mohd Azan




Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Auni Alisha senyum menawan
Permata hati ayah dan ibu...

Tengok sekali imbas amat mirip muka ibunya. Anak sulung Pn. Siti Aisyah ini dilahirkan pada 16 Oktober 2011 di Kelantan.

Auni: Senyum... tak perlu kata apa-apa, senyum...


Elman Wafiq Bin Zaaba

 
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepatlah Wafiq cepat
Cepatlah tumbuh gigi.. (hehehe)

Dilahirkan pada 21 Oktober 2011 tepat jam 9.02 malam. Wafiq yang comel dan bulat ini adalah anak kedua Pn. Noor Fadhilah.

Wafiq: Huu...macho lah saya macam ni...





Ilman Shah bin Ahmad Zulhusny
               
Gelang si paku gelang
Gelang si rama-rama
Ilman ketawa riang
Bermain dengan mama!

Ilman lahir pada 3 Oktober 2011 hari Isnin pada pukul 10.07 malam. Si cilik ini anak kedua dari dua orang adik beradik. Ibunya tak lain tak bukan.. Pn.Noorsyam!! Ada iras ke? Hehehe...

Ilman: Aik?????

 Tuan Muhazzam

Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Bila Muhazzam suka hati
Tangannya goyang-goyang..
(cuba lihat gambar..hik hik hik)

Lahir pada 16 september 2011. Anak kedua Pn. Intan Syafinazzilla lahir di Ipoh, Perak.

Muhazzam: Tangan kanan ke depan, ke belakang.. Depan belakang dan goyangkan... ala, nyanyi ikut videolah..jom!





                


         (Dedikasi khas untuk comel-comel JSG!!!)



~RibenMerahJambu~