Insomnia bukan sejenis penyakit. Ia merupakan masalah sukar tidur pada waktu malam. Jika anda fikir ubat tidur mampu mengatasi masalah ini, anda silap. Ubat tidur bukan merupakan jalan penyelesaian yang bijak bagi mengatasinya. Malah anda akan mengalami masalah lain pula. Meskipun ia agak remeh namun insomnia boleh memberi kesan yang buruk terhadap individu yang menderita masalah ini. Mari kita kenalpasti tanda-tanda individu yang mengalami insomnia.
- Terjaga dari tidur seawal pagi dan mengalami masalah untuk sambung tidur semula.
- Sering terjaga beberapa kali pada waktu malam sehingga berasa letih pada keesokan hari.
Masalah insomnia ini dipercayai berpunca daripada:

b) Perubahan corak hidup yang mendadak; bermalam di tempat baru, melancong atau bekerja di luar negara.
c) Tekanan di tempat kerja/rumah.
e) Takut pada sesuatu.
f) Sering berjaga lewat sehingga melangkau waktu tidur sama ada untuk belajar ataupun menonton tv.
Apakah yang perlu dilakukan jika anda menderita masalah ini?

- Betulkan rutin harian anda untuk tidur. Anda perlu masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam (contohnya pukul 11.00 malam dijadikan waktu wajib untuk anda tidur).
- Elakkan tidur pada siang hari.
- Elakkan minum kopi, teh atau sebarang minuman berkafein.
- Elakkan makan menu yang berat (contohnya nasi, burger) sebelum masuk tidur. Minum susu suam jika anda lapar.
- Jangan merokok sejam sebelum anda ingin tidur (lebih baik cuba berhenti merokok untuk kesihatan).
- Lakukan senaman 3 hingga 5 kali seminggu.

- Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut sekiranya masalah anda berlarutan.
Selamat malam ya!
~rmJ~
0 comments
Post a Comment