Hanya nyamuk betina yang menghisap darah. Darah ini bukanlah sumber makanan. Ia merupakan sumber protein yang diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan telur nyamuk. Kedua-dua nyamuk jantan dan betina hidup dengan memakan sari bunga dan buah (nektar). Kadangkala nyamuk juga lebih tertarik untuk menghisap darah sesetengah orang berbanding yang lain. Kecenderungan nyamuk untuk menghisap darah adalah disebabkan beberapa faktor antaranya :
- Nyamuk tertarik kepada karbon dioksida. Orang dewasa membebaskan lebih banyak karbon dioksida berbanding kanak-kanak. Wanita mengandung juga lebih terdedah kepada risiko digigit nyamuk kerana mereka membebaskan 21% lebih banyak karbon dioksida dari orang biasa.
- Nyamuk juga lebih tertarik kepada orang yang mempunyai suhu badan yang tinggi.
- Pembebasan bahan kimia seperti asid laktik (dibebaskan ketika bersukan dan ketika mengeluarkan peluh) oleh tubuh meningkatkan risiko digigit nyamuk.
Jadi jika tidak mahu digigit nyamuk, elakkan dari memakai pakaian yang berwarna gelap, jangan memakai perfume yang berunsur bunga dan buah, elakkan dari berpeluh, gunakan penyembur nyamuk yang mengandungi DEET (dimethyl-m-toluamide) atau menghalau nyamuk secara semulajadi dengan menanam pokok-pokok yang kuat baunya di sekeliling rumah antaranya pokok pudina, bunga tahi ayam dan pokok bawang.
good info!
ReplyDelete