Bengkel Peningkatan Sains dan Teknologi (PESAT) telah berlangsung pada 18 dan 21 Mei 2012 bertempat di makmal fizik dan makmal kimia JSG.
Bengkel ini bertujuan untuk menyiapkan kit-kit eksperimen yang akan digunakan pada karnival PESAT yang akan diadakan sebagai satu program khidmat masyarakat JSG.
Semua staf JSG telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menyiapkan kit kumpulan masing-masing.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan semasa bengkel PESAT tersebut:
Dilaporkan oleh:
Azrul Nizam Alias
Pengarah PESAT 2012