Thursday 19 April 2012

Petua Dari Ceruk Dapur
Kelalang Kon Thursday 19 April 2012 0 comments


Jom lihat petua dari dapur yang boleh kita amalkan. 


Menghilangkan kesan dakwat
Titiskan air limau yang bercampur garam pada tanda dakwat dan gosok-gosokkan dengan tangan. Biarkan seketika kemudian basuh seperti biasa.


Menghilangkan bau peti ais
Letakkan beberapa keping kulit nanas yang telah dikupas di setiap tingkat peti ais. Biarkan hingga bau tadi hilang. Anda juga boleh mencuba titikkan sedikit esen vanila atau soda kuih pada perca kain dan simpan dalam peti sejuk.

Melembutkan Rambut
Bancuh satu sudu teh dengan air suam. Basuh rambut dan bilas dengan menggunakan air teh suam tersebut. Gosok dan biarkan selama sepuluh minit. Selepas itu bilas dan biarkan kering. Ulangi selalu.

Mencantikkan kulit
Ambil beberapa potong kulit tembikai merah atau kuning dan potong atau racik bahagian isi yang berwarna putih nipis-nipis. Tekapkan pada seluruh kulit muka. Jika selalu diamalkan kulit akan menjadi putih dan cantik.

Sayur yang dicelur tetap segar
Campurkan sedikit minyak masak dalam periuk berisi air rebusan. Setelah sayur-sayuran dicelur, toskan airnya. Hasilnya, sayur-sayuran akan nampak segar dan  berkilat.





Selamat Mencuba !!

Just smile!
Kelalang Kon 0 comments

For meat lover...
















Office safety.. =)
















~rmJ~

Rendang Ayam
Kelalang Kon 0 comments

Masih ingat kali terakhir anda makan rendang ayam? Menu wajib ini sering kita cari tatkala hari lebaran. Rendang ayam boleh dimakan bersama nasi putih, ketupat, lemang dan juga pulut kuning. Bukan susah membuatnya. Anda boleh cuba sendiri di rumah. Bahan-bahannya seperti di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan

Seekor ayam dipotong lapan
2 cawan santan pekat
Gula dan garam secukup rasa
Daun kunyit dimayang nipis
10 ulas bawang merah kecil*
5 ulas bawang merah besar*
6 batang serai*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 inci kunyit*
10 tangkai cili kering (ikut pedas yang anda suka)#
5 biji cili padi (jika suka)#

Mari baca cara membuatnya:

- Kisar bahan-bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis hingga kekuningan.
- Kisar bahan-bahan bertanda # dan campur ke dalam tumisan tadi sehingga pecah minyak (anda akan dapat melihat minyak setelah bahan tumisan agak kering)
- Masukkan ayam. Masukkan gula dan garam. Kacau hingga sebati. Tutup api. Perap selama 2 jam.
- Masukkan santan dan kacau sehingga rendang menjadi agak pekat (ikut cara yang anda suka).
- Tabur daun kunyit dan kacau hingga sebati. Tutup api.
- Sedia untuk dihidang!!! Senangkan??

Selamat mencuba
~rmJ~
 

Wednesday 18 April 2012

Insomnia
Kelalang Kon Wednesday 18 April 2012 0 comments

Adakah anda sedang mengalami masalah ini?

Insomnia bukan sejenis penyakit. Ia merupakan masalah sukar tidur pada waktu malam. Jika anda fikir ubat tidur mampu mengatasi masalah ini, anda silap. Ubat tidur bukan merupakan jalan penyelesaian yang bijak bagi mengatasinya. Malah anda akan mengalami masalah lain pula. Meskipun ia agak remeh namun insomnia boleh memberi kesan yang buruk terhadap individu yang menderita masalah ini. Mari kita kenalpasti tanda-tanda individu yang mengalami insomnia.

- Sangat susah untuk tidur sehinggakan terpaksa berbaring di katil beberapa jam sebelum tertidur.

- Terjaga dari tidur seawal pagi dan mengalami masalah untuk sambung tidur semula.

- Sering terjaga beberapa kali pada waktu malam sehingga berasa letih pada keesokan hari.

Masalah insomnia ini dipercayai berpunca daripada:

a) Persekitaran bilik yang kurang sempurna; bising,terlalu panas atau terlalu sejuk, tilam atau bantal yang terlalu keras atau terlalu lembut.

b) Perubahan corak hidup yang mendadak; bermalam di tempat baru, melancong atau bekerja di luar negara.

c) Tekanan di tempat kerja/rumah.

d) Sakit yang dialami seperti selsema (sukar untuk bernafas dengan sempurna), sakit gigi, alahan mengandung yang teruk, masalah buang air kecil.

e) Takut pada sesuatu.

f) Sering berjaga lewat sehingga melangkau waktu tidur sama ada untuk belajar ataupun menonton tv.

Apakah yang perlu dilakukan jika anda menderita masalah ini?

-Pastikan persekitaran bilik anda selesa untuk tidur; jauhkan segala bunyi bising, bau yang busuk, katil yang berselerak.

- Betulkan rutin harian anda untuk tidur. Anda perlu masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam (contohnya pukul 11.00 malam dijadikan waktu wajib untuk anda tidur).

- Elakkan tidur pada siang hari.

- Elakkan minum kopi, teh atau sebarang minuman berkafein.

- Elakkan makan menu yang berat (contohnya nasi, burger) sebelum masuk tidur. Minum susu suam jika anda lapar.

- Jangan merokok sejam sebelum anda ingin tidur (lebih baik cuba berhenti merokok untuk kesihatan).

- Lakukan senaman 3 hingga 5 kali seminggu.

- Elakkan dari memikirkan apa-apa masalah sebelum tidur.

- Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut sekiranya masalah anda berlarutan.









Selamat malam ya!
~rmJ~

Sunday 15 April 2012

Did You Know ?
Kelalang Kon Sunday 15 April 2012 0 comments

  • Asparagus can cause painful gout attacks - asparagus contain purines, substances that promote the overproduction of uric acid that precipitates painful attacks of gout. Asparagus consumption should be kept to a minimum by gout sufferers.

  • Milk can be a chill pill - To quell the fire from eating a hot pepper, the best antidote is a glass of milk. The capsaicinoids are fat soluble and milk (other than skim) contains fat. A glass of water is less effective since the capsaicinoids are only slightly soluble in water.

  • Eggs are a "complete protein food" - protein is composed of 20 different amino acids. Nine of these amino acids cannot be made by the body. These nine are considered essentials amino acids and must come from food. Foods that contain all nine essentials amino acids are called  "complete protein food".

  • High blood pressure drugs deplete potassium - Many anti hypertensive drugs deplete the body's reserve of potassium, an electrolyte that maintain the body's fluid balance and is also essential for nerve and muscle function. People on these medications should eat lots of bananas, citrus, and dried fruits, tomatoes and other potassium rich food.

  • Pasta is a mood food - The brain uses the chemical serotonin to make us feel good. When you eat carbohydrate such as pasta, there's a rapid increase in blood sugar and serotonin levels. The good feeling arrive within about 30 minutes and last for several hours. Eating protein with pasta however can negate the effect.

  • Tomatoes may block the effect of environmental toxins - tomatoes contain a compound called chlorogenic acid which may help guard against cancer by blocking the effect of certain environmental toxins.For instance nitrosamines, cancer causing compounds in tobbaco smoke and cured meat.

Source : Foods that Harm Foods that heal, An A-Z guide to safe and healthy living.