Tuesday 31 January 2012

Antibiotik: Bukan sekadar ubat!
Kelalang Kon Tuesday 31 January 2012 2 comments

~Sudah lama kita dibelenggu miskonsepsi tentang antibiotik, sampai bilakah kita harus dilema kekeliruan begini???~

Kenali antibiotik

Antibiotik ( contoh seperti: makrolida, penisilin dan sefalosporin) berperanan merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan kulat tertentu. Ia bertindak dengan membunuh bakteria atau merencat pertumbuhannya seterusnya membenarkan sistem daya pertahanan imun semulajadi untuk membasmikannya. Antibiotik tidak dapat menentang jangkitan disebabkan oleh virus (contohnya: demam, selsema, batuk). Keberkesanan antibiotik bergantung kepada dos dan kekerapan pengambilan serta jenis mikrob yang ia bertindak. Kesan sampingan yang tidak diingini seperti demam, ruam, loya dan cirit-birit mungkin berlaku.


Apa itu kekebalan antibiotik?

Kekebalan antibiotik ialah keupayaan bakteria atau kulat untuk menentang tindakan antibiotik, membolehkan mereka terus membiak walaupun dengan kehadiran antibiotik. Antibiotik menjadi kurang berkesan terhadap patogen yang kebal. Akibatnya bakteria akan terus membiak dan menular, menyebabkan penyakit berpanjangan, kerumitan serius dan juga kematian. Untuk mengatasinya, doktor mungkin perlu memberikan antibiotik lebih kuat atau bentuk rawatan lain yang lebih mahal dan memberikan lebih banyak kesan sampingan.

Apa yang menyebabkan kekebalan antibiotik?

  •  Antibiotik kerap digunakan untuk tujuan salah - digunakan untuk rawatan sakit yang disebabkan oleh virus (contoh mudah: demam selsema). Antibiotik TIDAK memberi kesan kepada virus (Salmonela)  tersebut malah bakteria yang terdedah kepada antibiotik itu pula akan membina strategi menentangnya. Akhirnya, antibiotik tersebut menjadi kurang berkesan terhadap bakteria yang perlu dirawat apabila tiba masanya.
  •  Pesakit tidak mematuhi preskripsi - Pesakit tidak mengambil antibiotik mengikut jadual, tidak habis mengambil antibiotik mengikut preskripsi atau berkongsi antibiotik menyebabkan antibiotik tidak mencukupi untuk menghapuskan semua bakteria. Bakteria yang masih hidup boleh membiak dan membina kekebalan antibiotik.

Perkara yang perlu kita tahu:

  • Antibiotik hanya boleh diberikan atas arahan doktor.
  • Patuhi arahan yang diberikan untuk mengambil antibiotik.
  • Jangan berkongsi antibiotik walaupun untuk penyakit yang tanda-tandanya sama.
  • Antibiotik bukan untuk merawat demam selsema anda! 




(Petikan sumber: Ringkasan daripada artikel 'Using Antibiotics Wisely' dalam majalah Positive Parenting)


     ~rmJ~


Why Do Onions Make U Cry?
Kelalang Kon 0 comments


When you slice an onion, you cut through the tiny plant cells within it, releasing their content. When this happen amino acids within onion cells oxidise to form sulfenic acid.  Enzymes that were kept separate now are free to mix with the sulfenic acids to produce propanethiol S-oxide. This is a volatile sulfur compound that wafts upward toward your eyes and reacts with the moisture in your eyes to form sulfuric acid. The sulfuric acid burns your eyeballs, stimulating your eyes to release more tears to wash the irritant away.  The best way to avoid this is to :

  •  Refrigerate the onion at least 30 minutes before cutting. By cooling the onion, you will slow the enzyme/sulfoxides reaction rate, minimizing the propanethiol S-oxide production.
  • Chop the onion under cold water/running water. The propanethiol S-oxide is water soluble, so can be simply washed away before getting in the air.
  • Turn on a fan, blowing across the onion and away from you.
Source : Chemistry.about.com

Ribut Matahari
Kelalang Kon 0 comments


Bagaimana ribut matahari boleh berlaku?

Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.  Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari,
Seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.


Kesan ribut matahari

Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku. Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet.

Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan. Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak.

Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights.

Fenomena aurora ini boleh dilihat di negara-negara yang lebih jauh ke Selatan Eropah seperti Ireland dan Britain  sebelum partikel-partikel dari ribut matahari sampai ke atmosfera bumi. Walaubagaimanapun menurut Doug Biesecker dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), cahaya tersebut mungkin datangnya dari angin matahari yang membawa gelombang bertenaga elektrik dan bukan partikel-partikel yang tercetus dari gelombang matahari.

Aurora Borealis yang terhasil kali ini berpunca dari aktiviti matahari yang dikenali sebagai ribut matahari (solar flares) pada titik matahari (sunspot) 1402, pada hari Isnin 24/2/2012). Ledakan ini adalah yang paling kuat pernah direkodkan sejak tahun 2005 dan termasuk dalam kategori M-9. Kategori ini hampir mencecah tahap paling tinggi yang dikenali sebagai X-Extreme. Akibat dari letusan matahari ini, partikel-partikel bertenaga tinggi terbebas dan menghamburkan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang bergerak dengan halaju tinggi kira-kira 2.200 kilometer persaat.


Sumber: Majalah Sains.Com, Jabatan Sains & Teknologi untuk Masyarakat

 |\| |_| |\|



Monday 30 January 2012

Alhazen-ibnHaitham
Kelalang Kon Monday 30 January 2012 0 comments



Untuk motivasi diri…..

Jika beliau masih hidup sekarang mungkin inilah yang akan diluahkannya kepada kita….yang mempelajari sains:

“Ilmu-ilmu sains yang kamu pelajari hari ini, kebanyakan daripada kitab rujukannya dalam bahasa Inggeris, penulisnya berbangsa Inggeris, seolah-olah asas ilmunya mereka yang terokai.  Sayang sungguh…..kamu tidak mengetahui dan cuba menyelami jerit perihku serta ilmuan Islam yang lain menggali ilmu Allah, memerhati serta menganalisis kejadian alam.  Semua kejadian Allah tidak sis-sia, kamu cuma perlu lihat, berfikir dan mengkaji.  Ini akan membawamu lebih mengagungkan kebesaran Allah SWT.

Aku bukan seorang hartawan.  Bekerja sebagai penjilid buku di Universiti Al Azhar untuk sara hidup tidak menghalangku daripada terus mencintai ilmu.  Lebih 200 buah buku yang aku hasilkan, tapi sayang yang terselamat sehingga kini cuma 50 buah, itu pun telah jatuh ke tangan orang-orang Eropah.   Mereka telah menyeludup hasil karyaku ketika zaman penjajahan Perancis dan semasa peperangan salib.

Aku telah membuat kajian yang mendalam mengenai cahaya dan optik lama dulu sebelum Roger Bacon dan Kepler menggali ilmu tersebut daripada buku karanganku ‘Kitab – al – Manadhir’ yang diterjemah ke dalam bahasa Latin.  Kanta dan mata serta asas mikroskop dan kamera adalah di antara sumbanganku di dalam bidang fizik dan optik.
Bidang-bidang lain seperti matematik dan astronomi turut ku dalami demi kerana cintaku terhadap ilmu dan kekagumanku kepada ciptaan Allah. Dalam sebuah karyaku ‘Mizan al – Hikmah’ telah ku bincangkan mengenai ketumpatan atmosfera dan memperkembangkan hubungannya dengan altitud ketinggian.  Aku juga telah mengkaji mengenai pecahan lapisan atmosfera, namun ramai di kalangan kamu yang tidak menyedarinya.  Dalam bidang matematik aku juga telah membangunkan bidang geometri analitikal dengan memperkenalkan hubungan di antara algebra dan geometri.

Kegagalanku melaksanakan ideaku sendiri untuk membina sebuah empangan bagi mengawal banjir sungai Nil di Mesir telah menyebabkan aku dipenjarakan.  Bukan aku sengaja ingin memalukan dan mempermainkan pemerintah Mesir ketika itu, tetapi teknologi untuk melaksanakan projek mega itu belum ada lagi ketika aku hidup!!!

Namun begitu tembok penjara tidak dapat menghalangku daripada menerokai kejadian alam ini.  Aku terus merenung keajaiban kejadian alam semesta ciptaan Illahi dari celahan birai besi. Biarpun jasadku terkurung, namun aku masih boleh berinteraksi dengan alam di sekelilingku.  Biarpun orang lain menuduhku kurang waras ketika itu, hakikatnya semasa di dalam penjaralah aku menemui fenomena kejadian pelangi sepertimana yang kamu ketahui pada hari ini.

Kamu mungkin tidak mengenaliku dan rakan-rakan seangkatan dan sehaluan denganku.  Kamu lebih mengenali nama-nama seperti Eistein, Dalton, Thomas Edisan dan lain-lain.  Namun walau siapapun mereka, dunia barat sendiri telah mengiktirafkan aku  sebagai ‘Bapa Optik Moden’.

Bukan niatku ingin membangga diri, apatah lagi riak dan sombong, tetapi ini hanyalah sekadar renungan bersama bagi membuktikan bahawa kita sebenarnya boleh menjadi lebih hebat daripada mereka.  Allah mengurniakan akal dan pancaindera kepada setiap insan untuk menghayati alam dan setiap kejadian ciptaanNya. Kita juga dianugerahkan satu kelebihan yang tidak dimiliki oleh mereka yang tidak beriman kepada Allah, iaitu kitab al Quran sebagai pedoman dan pemberi petunjuk tentang Kebesaran Allah SWT.  Kita boleh mengutip, menggali dan mengait dan mencapai segala-galanya yang terbentang mahupun yang tersembunyi jika kita ada kemahuan, berusaha dan seterusnya bertawakal kepada Allah SWT.


Semoga kegemilangan ilmu sains yang berlandaskan tauhid akan kembali dijulang.

Beliau yang dimaksudkan ialah:

Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (354 – 430 H/ 965 – 1038)
Dilahirkan di Basrah Iraq, meninggal dunia di Mesir.
Mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad
Dikenali sebagai Alhazen di barat.

Nukilan:
Wan Zarina  Wan Kamaruddin
Jabatan Sains Gunaan
UiTM Pulau Pinang

Kisah Hero dan Heroin 'BARU' JSG
Kelalang Kon 0 comments



"Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap..
Belum tumbuh gigi pandai baca kitab"



Auni Alisha bt Mohd Azan




Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Auni Alisha senyum menawan
Permata hati ayah dan ibu...

Tengok sekali imbas amat mirip muka ibunya. Anak sulung Pn. Siti Aisyah ini dilahirkan pada 16 Oktober 2011 di Kelantan.

Auni: Senyum... tak perlu kata apa-apa, senyum...


Elman Wafiq Bin Zaaba

 
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepatlah Wafiq cepat
Cepatlah tumbuh gigi.. (hehehe)

Dilahirkan pada 21 Oktober 2011 tepat jam 9.02 malam. Wafiq yang comel dan bulat ini adalah anak kedua Pn. Noor Fadhilah.

Wafiq: Huu...macho lah saya macam ni...





Ilman Shah bin Ahmad Zulhusny
               
Gelang si paku gelang
Gelang si rama-rama
Ilman ketawa riang
Bermain dengan mama!

Ilman lahir pada 3 Oktober 2011 hari Isnin pada pukul 10.07 malam. Si cilik ini anak kedua dari dua orang adik beradik. Ibunya tak lain tak bukan.. Pn.Noorsyam!! Ada iras ke? Hehehe...

Ilman: Aik?????

 Tuan Muhazzam

Durian atas titi
Pisang dalam dulang
Bila Muhazzam suka hati
Tangannya goyang-goyang..
(cuba lihat gambar..hik hik hik)

Lahir pada 16 september 2011. Anak kedua Pn. Intan Syafinazzilla lahir di Ipoh, Perak.

Muhazzam: Tangan kanan ke depan, ke belakang.. Depan belakang dan goyangkan... ala, nyanyi ikut videolah..jom!





                


         (Dedikasi khas untuk comel-comel JSG!!!)



~RibenMerahJambu~

Sunday 29 January 2012

Faster than LIGHT???
Kelalang Kon Sunday 29 January 2012 1 comments

En.Einstein maybe wrong on... 
"Things will not move faster then speed of light"
Albert Einstein 
But first, have anyone watch this movie???
How does this relate to En. Einstein you say???





Faster than light neutrinos – Q&A
Tentative new evidence suggests Einstein's rule that nothing can travel faster than the speed of light may be wrong. What are the implications for our understanding of the world?

What has been discovered?
A fundamental subatomic particle, the neutrino, seems to be capable of travelling faster than the speed of light (that is, the speed of a photon through a vacuum).
Why do physicists believe nothing can go faster than light speed?
At the turn of the 20th century, Albert Einstein used earlier work by the physicist James Clerk Maxwell to show that the speed of light, c, is a fundamental constant and that it is also the maximum speed that anything can travel. In practice, the only things that do travel at this speed are photons (particles of light) moving through a vacuum.
Einstein encapsulated c in his special theory of relativity, which says that the laws of physics are the same regardless of who is observing or experiencing them. To accommodate the invariance of the speed of light, Einstein had to modify Newton's laws of motion so that time and space became stretchy concepts – as an object moves faster, its size contracts and the time it experiences slows down. Special relativity also leads to Einstein's most famous equation, E = mc2 (where E is energy and m is mass), which shows that energy and matter are equivalent.
Where on the scale of amazing/surprising is this finding?
If the Gran Sasso results are proved correct, scientists would have reason to believe that the current formulation of special relativity is wrong. This is troubling, since the theory has been tested countless times in experiments and has not been disproved. It is a cornerstone of our understanding of the universe.
The speed limit of light is also the basis of cause and effect: effects always follow causes. If that does not always hold, the basic laws of physics might have to be rewritten.
What exactly did the physicists do?
Scientists at the Opera (Oscillation Project with Emulsion-tRacking Apparatus) experiment in Gran Sasso, Italy, found that beams of neutrinos sent to its detectors from Cern, 730km away in Geneva, arrived earlier than they should have.
The trip would take a beam of light around 2.4 milliseconds to complete, but after running the experiment for three years and timing the arrival of 15,000 neutrinos, the scientists discovered that the particles arrived at Gran Sasso 60 billionths of a second earlier, with an error margin of plus or minus 10 billionths of a second.
Since the speed of light in a vaccum is 299,792,458 metres per second, the neutrinos were apparently travelling at 299,798,454 metres per second.
What are neutrinos?
Neutrinos are electrically neutral particles that have a tiny (but non-zero) mass. They interact very weakly with normal matter, making them almost impossible to detect. Tens of billions of neutrinos pass through your fingertip every second. They are created in certain types of radioactive decay, during collisions between atoms and cosmic rays and during nuclear reactions such as those that occur at the heart of the Sun.
Are there any theories that might explain the result?
If the result is proved correct – and that is still a big if – you have to go into some relatively uncharted areas of theoretical physics to start explaining it. One idea is that the neutrinos are able to access some new, hidden dimension of space, which means they can take shortcuts. Joe Lykken of Fermilab told the New York Times: "Special relativity only holds in flat space, so if there is a warped fifth dimension, it is possible that on other slices of it, the speed of light is different."
Alan Kostelecky, an expert in the possibility of faster-than-light processes at Indiana University, put forward an idea in 1985 predicting that neutrinos could travel faster than the speed of light by interacting with an unknown field that lurks in the vacuum. "With this kind of background, it is not necessarily the case that the limiting speed in nature is the speed of light," he told the Guardian. "It might actually be the speed of neutrinos and light goes more slowly."

Does this mean that time travel is possible?
Don't hold your breath, we won't be routinely jumping into the past in DeLoreans any time soon. If particles could travel faster than light, special relativity suggests that travelling backwards through time is a possibility, but how anyone harnesses that ability to do anything useful is way beyond the reach of any technology or material we have today.
Physicists have postulated a hypothetical particle, known as a tachyon, that can travel faster than light and that can therefore move backwards in time. But they also think that tachyons, if they exist, would have no way of interacting with normal matter. "This is where the trailer above relate to En. Einstein".
(source from www.physics.org)
~ kilometrico merah ~ 

Saturday 28 January 2012

Shortness, Heightens.. Heart Risk
Kelalang Kon Saturday 28 January 2012 0 comments

Short people have a higher risk of heart disease ...

Finnish researchers suggested in the European Heart Journal that women under 153cm and men shorter than 165cm are 1.5 times more likely to develop and die from heart disease.

Studies showed that there is a strong link between stature and heart disease risk, although the reason is not conclusively clear (thanks God...). It could be that shorter people have shorter blood vessels to the heart, which may make it easier to clog. But researchers say that short people should not worry unduly. There are also other factors like weight, lifestyle habits such as smoking, drinking and exercise that contribute to heart risk.

This does not mean that tall people are protected againts heart disease, only that short adults should pay attention and realise their increased risk.

What's most important for maintaining a healthy heart is to exercise regularly, eat a healthy and balanced diet, stop smoking and watch your weight! 

(Source:Article from Reader's Digest)

~rmJ~

Friday 27 January 2012

Bila kompang dipalu...
Kelalang Kon Friday 27 January 2012 1 comments

Kompang dipalu, pengantin baru,
Duduk bersanding tersipu malu...

Alahai... teringat cerita tiga tahun lepas. Masa tu orang raikan kita. Tapi bukan nak bercerita pasal saya... cerita ini sekitar majlis perkahwinan staf Aishah bt Zarzali Shah dengan pasangannya Shaiful (jiran JSG ni..) yang berlangsung pada 18 November 2011. Mengimbas kembali detik perkenalan mereka di UiTM sekitar hujung tahun 2010 sehinggalah hubungan ini di bawa ke jinjang pelamin (kata bidalan.. kalau sudah jodoh tidak ke mana). Alhamdulillah...Tahniah dari kami rakan-rakan JSG!


Akad mengikat janji, cincin tandanya jadi

sedapnya kek tu Puan Aishah!!


Di majlis akad nikah


Meraikan Raja Sehari



~RibenMerahJambu~

Thursday 26 January 2012

Salam Dari Editor..
Kelalang Kon Thursday 26 January 2012 0 comments

(Hampir tiga jam saya belek-belek interface kelalang kon ini. Mencari-cari idea untuk menulis. Cuba ringkaskan sepadat mungkin lantas saya nukilkan ruangan ini khas buat rakan-rakan..)

                       ~Secangkir madu pemula bicara~

 

        
 Assalammualaikum dan salam hormat dari saya buat semua warga-warga Sains Gunaan. Buat julung kalinya Kelab Buletin JSG menerbitkan e-Buletin sempena mengalu-alukan kehadiran tahun baru 2012 untuk sama-sama kita kongsi berita, info semasa dan cerita-cerita menarik sepanjang tahun di JSG. 
        
         Berkongsi sedikit perjalanan Kelalang-Kon.blogspot yang belum pun genap seminggu usianya, berkonsepkan 'mesra alam' tanpa kertas dan dakwat kami cuba menghubungkan warga-warga JSG hanya di hujung jari. Bermula dengan mesyuarat pertama di kalangan ahli buletin yang terdiri dari 10 orang ahli. Bermacam-macam idea bernas dapat dikongsi antaranya cadangan nama untuk buletin JSG sehinggalah ke ruangan-ruangan sisipan untuk dimuatkan di blog. Daripada lapan pencalonan nama buletin akhirnya kami sepakat memilih Kelalang Kon sebagai first baby Kelab Buletin JSG (kenapa ye kelalang kon?? Boleh minta ahli-ahli kelalang kon untuk menjelaskannya nanti =).

         Setelah siap ruangan kelalang-kon. blogspot, kami telah mengadakan Bengkel penulisan blog di kalangan ahli buletin. Dengan adanya bengkel ini sedikit sebanyak membantu kami yang mungkin baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Kami di Kelalang-Kon.blogspot senantiasa cuba berikan yang terbaik untuk dikongsi bersama rakan-rakan staf sekalian. Harapan kami semoga di ruangan ini dapat kita eratkan silaturrahim sesama kita walau di mana jua kita berada.

Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan..

Salam hormat dari saya, semoga kita bersua di ruangan seterusnya... Selamat Membaca!!!

     ~Riben Merah Jambu~